Monday, November 30, 2009

...banjir @ banjir...

Jom Kongsi


skarang musim tengkujuh. hujan tak henti2. dengan angin lah kuat. pastu, langit mendung jer. taklah panas. tdo pun tak pyah on kipas..hehe..
kampung ak mmg slalu mcm nii. tpi bezz taw.
time nilah time main banjir. haha... dapat main bot atas jalan. dapat basuh motor free.. tp kcian kat family yg tinggal kat kawasan rendah. semua kena pindah.. adoii.. smga bnyak bersabar dan dimurahkan rezki..amin

Saturday, November 21, 2009

...kata-kata musuh...

Jom Kongsi


WILIAN GEFORD BEICRAF BERKATA :
‘ Bila Al-Quran dan Mekkah lenyap dari negeri Arab maka waktu itulah kita dapat lihat bangsa Arab menuju kebudayaan barat dan menjauhkan diri dari ajaran Muhammad dan Kitabku’
(Lihat Juzurul Al-Bala-0)

MISIONERIS TAKLEY BERKATA :
“ Kita mestilah menggunakan Al-Quran.Al-Quran merupakan senjata yang paling ampuh dalam Islam,untuk melawan Islam sampai lenyap semuanya, kita mesti terangkan kepada orang Islam bahawa kebenaran Al-Quran bukan benda baru di situ bukan kebenaran.(At-Tabsyir wal Istikmal)

BEKAS GABENOR PERANCIS DI JAZAIR :
“ Pernah berucap di majlis ulang tahun ke 100 penjajahan Negara itu,katanya: “ Kita mestilah lenyapkan Al-Quran berbahasa Arab di Al -Jazir .Kita buangkan bahasa arab daripada lidah mereka akhirnya barulah kita dapat menguasai mereka”.

SELAZAR (*BEKAS DITAKTOR PORTUGAL)
“ Saya khuatir akan lahir seorang tokoh dikalangan muslimin yang akan menghalang pertentangan mereka dan mengarah kita pula”.

Tuesday, November 17, 2009

...qasidah...

Jom Kongsi


2 hari lepas, ana n beberapa lagi senior ana dijemput untuk membuat persembahan qasidah sempena majlis seakan2 konvokesyen untuk budak2 5 dan 6 tahun dari tadika amal rintis kawasan bukit mertajam. pada mula2 nya, ana terkejut juga sebab jemput last2 minit..hehe. tapi, gembira pun ada. bagi ana ini yang first membuat persembahan qasidah dihadapan khalayak ibubapa dan penduduk kampung disini. hehe.. walaupaper pun, niat kena jaga. bkan hanya sekadar untuk mengisi masa lapang tp yang paling penting ialah m'jadikan qasidah sebagai salah satu medium dakwah selain usrah, nasyid dan lain2 lagilah.,hahaha

majlis ini mempunyai tentatif yang amat menarik. ibubapa, guru2 dan anak2 semua dapat memberi komitmen dengan baik. sebab tulah majlis dapat berjalan dengan lancar..hehe.. dalam majlis tu ada macam2 persembahan anak2 dalam lingkungan 5 dan 6 tahun. ada yang berlakon, menyanyi, nasyid, membaca dalam bhasa malaysia, membaca bahasa inggeris dan macam2 yang menarik lagi..huhu..
sekarang ni, anak2 berusia 5 dan 6 tahun pun dah dapat buat macam2. hebatla dunia skarang ni kan.. tadika amal rintis berpegang satu konsep iaitu 'pembentuk peribadi mukmin'.
dalam majlis tersebut, ana dapat tangkap satu kata2 pengerusi majlis iaitu tentang solat. 'masyarakat sekarang sedang sibuk mencari jalan untuk mencegah jenayah2 atau kes2 dadah, kecurian tetapi masyarakat tidak sedar bahawa gejala tinggal solat ini paling tinggi rangking nya dalam segala jenayah'... jadi marilah sama2 kita fikir dan renungkan...hahaha.. that's all

Friday, November 13, 2009

cantiknya seorang wanita

Jom Kongsi


Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS
Bukan kerana merah kilauan lipstik
Pada bibir memekar senyuman kosmetik
Tetapi pada keperibadian terpelihara
Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa



Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA
Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
Untuk menggoda pandangan nafsu mata
Tetapi pada kehidupan terjaga
Dari menjadi mangsa tohmahan dunia

Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA
Tidak kerana bijak meruntuh iman kaum Adam
Sehingga turunkan insan ke dunia
Tetapi menjadi pembakar semangat perwira
Menjadi tunjang perjuangan syuhada

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK
Tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan
Mengalir mutiara di kelopak mata
Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa
Pada hari kebangkitan bermula

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI
Bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumahtangga
Tetapi sentiasa bersama
Menempuh badai disisi suami tercinta

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MENANTU
Bukan kerana kemewahan di mata
Tetapi bijak dalam menjauhi persengkolan ipar lamai
Menjadi penghibur hati permata kehidupan

Cantiknya seorang wanita itu sebagai IBU
Bukan terletak pada kebangkitan anak
Dalam setiap pertelingkahan
Tetapi dibawah lembayung kejayaan
Membuai anak di kala suami menjalin impian

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MERTUA
Tidak kerana berjaya meruntuh istana
Tetapi jalinan kasih sayang
Tulus hati mengagih kasih setara pada semua

Cantiknya seorang wanita itu sebagai NENEK
Bukan memberi harta dunia
Sehingga generasi lupa
Tetapi menjadi pada pendita
Menjaring teladan para anbia pada anak bangsa

Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGANEGARA
Bukan kerana menyandang puncak dunia
Tetapi bijak menangkis rintangan
Peka membela nasib dan maruah negara
Menjadi tulang belakang keteguhan semua

Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGA TUA
Bukan kerana jernihnya mutiara
Mengalir deras di kelopak mata
Tetapi senantiasa mengumpul cahaya
Menghitung hari dengan selembar nasihat

Cantiknya wanita itu sebagai INTELEKTUALIS
Bukan kerana menjadi sebutan
Sehingga menjulang keegoaan
Tetapi dalam mencari ilmuan
Menyala obor mewangi setanggi profesionalis

Cantiknya wanita itu sebagai MUSLIMAH
Bukan kerana keindahan paras rupa
Sehingga menjadi ingauan mata
Tetapi berpegang Akidah Solehah
Disebalik tirai jiwa
Mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah
Mengharap keredhaan kehidupan awana

first n foremost

Jom Kongsi


pengalamn terbaru dalam hidup ana, tengok panggung wayang. hehe... bleh ar than. tpi, ana nk crita ttg movie yg ana tgk tdi. fuh!!! memang style ah. kisah ttg dunia nak kiamat. bnyak ah pngajaran dlam crita tuh. xmnyesal ah sape2 yang tengok movie ni. tp kan, dia mcm lbih kpd crita nabi nuh dulu iaitu semasa Allah trunkan bala kepada ummat nabi nuh yang enggan mengikut ajaran nabi nuh. Allah perintahkan nabi nuh membina bahtera untuk selamatkan diri dari banjir besar yang akan melanda nanti. jdi, movie 2012 lbih kura ng camtu ah time e nding dia.. tgk du lu baru taw bez ke x...huhuhu


Thursday, November 12, 2009

release tension

Jom Kongsi

fuh!! air terjun junjung, kulim kedah mmg bez ar. ana dan 4 orang kawan ana pergi mndi2 kat sana kononnya nak release tension ah sambil tgk keindahan alam..hehe. kami pergi awal pagi taw. warung pon baru nak bukak. sampai jer kat sana, kami truz mkan nasi lemak yg kami beli dlam perjlann tdi. xthan lapar sngat.. sudah jer mkan, kami truz terjun.. haha. mmg bez ar wlaupun brenang xpndai ngat..hehe..


sblum plang, sempat jga kmi b'gmbr.. alaa buat kenang-kenanganlah.. bukan senang nk jumpa air terjun kat ngri orang ni..
klu ada rezki, nk mai lagi cni.. style ah tempat..huhuhu

Tuesday, November 10, 2009

10 perkara sia-sia

Jom Kongsi


Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka,
menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam
kategori sia-sia, iaitu:-


1.Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak
dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin.

2.Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tapi tidak membaca
secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.

3.Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar
kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan shalat tahiyatul-masjid.

4.Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak
mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk
keselamatan arwah-arwah mereka.

5.Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian
ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan shalat Jumaat berjemaah.

6.Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan
seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah
ilmu pengetahuan.

7.Dua orang laki-laki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling
menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.

8.Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi
tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.

9.Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa
memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan
meningkatkan budi pekerti.

10.Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran
kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.

Monday, November 9, 2009

Tidur...…Tido...…TidoQ...……

Jom Kongsi



Tidur adalah satu cara untuk kita sebagai manusia menghilangkan keletihan dan kepenatan. Oleh itu, mari kita kongsi bersama cara tidur yang sebaik-sebaiknya yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W. :
  • Tidurlah di awal waktu sesudah solat Isyak jam 10 atau 11 malam dalam keadaan berwuduk.
  • Bangunlah di awal separuh kedua malam jam 1 atau 2 pagi kemudian bersugi, berwuduk dan bersembahyang tahajjud.
  • Kemudian tidurlah semua dan bangkitlah sebelum terbit fajar.
  • Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan ,rusuk kiri dibahagian atas supaya tetap kedudukan makanan dalam usus ,cepat hadam makanan.
  • Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.

Waktu-waktu yang tidak dibenarkan tidur:
  • Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
  • Selepas masuk waktu asar.
  • Tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh daripada badan.

Bahaya tidur di siang hari:
  • Mendatangkan penyakit kulit.
  • Merosakkan warna kulit.
  • Melemahkan jantung.
  • Menambahkan tekanan perasaan yang meluap-luap.
  • Melemahkan badan dan tenaga syawat.
  • Melemahkan kecerdasan akal.

So, kurangkan lah tido…

“BERSAMA MERANGKUL KEUNGGULAN”
(KURANGKAN TIDUR BANYAKKAN AMAL)

soalan perah otak

Jom Kongsi

1. Burung apakah yang boleh berdiri,boleh baring tapi tak boleh duduk ?????
2. Kalau semua jadi ikan,maka ikan jadi apa ??????
3. Kenapa doktor bedah kalo buat pembedahan mulutnya ditutup ??????
4. Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh.soalannya pokok apa tumbuh dulu ?????
5. Kenapa pokok kayu balak ditebang ??

Jawapan:
1. Penguin
2. Ikan jadi banyak laaa!!!!
3. Sebab kalo matanya ditutup dia tak nampak laaaa!!!!
4. Dua-dua tak tumbuh la sebab dia tanam separuh jerrrrr!!!
5. Sebab kayu balak tak leh dicabut so kene tebang laaa!!!!

Friday, November 6, 2009

Gemuruh

Jom Kongsi



Bila bertalu rentak dikalbu

Hasrat tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin keangkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pasti kan terbukti nanti

(Faizal One In A Million)

lagu ni sesuai sbgi motivasi diri...walau dh berada di tangga atau puncak kejyaan, tp msh perlu berusaha menuju ke tahap yg lebih tnggi.. huhu

Thursday, November 5, 2009

salam ta'aruf

Jom Kongsi

assalamualaikum...
ana baru create blog ni. saje nak test2. huhu...
rmai kwan ana yang ada blog.. cam bez jerk.. so, ari ni ana ada blog jgak.. haha
tp, skang ni xtaw ana nk post ape... adoii
pape pon, thankz coz view my blog...enjoy ur self......................

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More