Sunday, November 7, 2010

.:matinya mat rempit:.

Jom Kongsi


Pada suatu hari, seorang mamat namanya Faizal Mamat (bukan nama sebenar) bercadang nak pegi beli nasi kat Jln Masjid India ... oleh kerana transport die cume moto jer.. die pon pegi la naik moto jer. Tapi mamat ni ade satu hobi.. die ni suke beno bawak moto lelaju.
Walaupon jarak kedai tu 100 meter jer dari tempat keje die.

Maka si Faizal ni pon memulakan la pejalanan untuk ke kedai. Sebelum kuar dr umah, kwn die pesan, "Faizal, bawak moto bebaik. aku rase tak sedap ati jer la ..."Faizal pon menjawab, "Ala biasa la beb .. Jal kan superman, takkan ader paper nyer.. lagipon, Jal cume nak gi kedai dekat tu jer, kannyer jauh sgt pong.."

Kwn die pon menjawab."Suke ati ko lah Faizal..".
Kunci moto pon dipulas... vrommmmm (bunyi moto kapcai Faizal) dengan gaya supermannyer Faizal bergerak dr umah..

Tiba2 sampai di suatu selekoh, seekor beruk yang tah dari maner muncul nyer menyergahFaizal.. apa lagi terperanjat beruk la si Faizal.. maka dia hilang kawalan ke atas moto nyer danmenyebabkan die terlanggar tiang lampu berdekatan.. maka Faizal pon jatuh terpelanting.. dan tidak sedarkan diri.

Secara kebetulan seorang pakcik lalu di jalan tersebut.. pakcik itu
sungguh terkejut.. kerana melihat seekor beruk sedang cube mencurik helmet siFaizal .. lalu pakcik itu menghalau beruk tuh.. tetapi helmet itu tidak dapat diselamatkan.. kerana telah dibawa lari. Lalu pakcik tu pun pergikepada Faizal dan memeriksa jantung dan nadi si Faizal.."Uihh nampaknye idup lagi budak ni.."

Tapi alangkah terkejutnya pakcik itu apabila mendapati kepala Faizal
sudah terpusing 180 darjah. dan tanpa bertanya dan berpikir ape-ape
pakcik tu pon terus membetulkan semula kepala Faizal dengan menghentap balik ke 180 darjah.. tibe-tibe pakcik itu mendapati Faizal tidak bernafas lagi..

Rupe-rupenye.. Faizal memakai jeket kulitnye terbalik..so memang la kepala die cam pusing ke belakang..Maka dengan tidak bersalahnya Faizal mati di tangan pakcik tersebut..

Moral citer nie: jangan pakai jaket terbalik... itu jer..

Thursday, November 4, 2010

.:tips cover malu:.

Jom Kongsi


1.kalo tersepak batu:
Jangan terus bangun,sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai lepas tu baru bgn bila takde orang nampak

2. kalo terjatuh beskal:
cepat2 naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje2 buat lawak...

3. kalo terjatuh tangga:
terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...

4. kalo terjatuh dalam longkang:
pungutlah sampah yang ada sambil marah2 dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan....

5. kalo jatuh ketika nak naik bas:
jeritlah kuat2.."oi! apa tolak2 ni?" walaupun tiada orang di blakang anda....

6. kalo terjatuh di dpn bus stop:
terus buat2 pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop
tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula....

7. kalo jatuh tergelincir kat lantai licin:
tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu...ye tak?....

Wednesday, November 3, 2010

.:ada apa dengan tahi lalat ?:.

Jom Kongsi



Masyarakat pada zaman dahulu mengenal seseorang dgn melihat tanda pada badannya.Diturunkan di sini firasat tentang tahi lalat. Sejauhmana kebenarannya tidaklah diketahui dgn jelas. Namun begitu,ia biasa diajarkan di kalangan Masyarakat Melayu.Hanyalah sekadar menambah pengetahuan semata-mata.

TANDA FIRASAT TAHI LALAT

bibir atas kanan --- banyak rezeki, pandai
bibir atas kiri ---- ramai kawan, baik hati
bibir bawah kanan -- disegani orang, ramai yg suka
bibir bawah kiri --- pandai bicara, tak mudah kalah
leher kanan -------- cerdas, jujur, berani menderita
leher kiri --------- cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan
leher di tengah ---- tercapai cita-cita
biji mata kanan ---- suka serong dan pembohong
biji mata kiri ----- pembohong tetapi baik hati
hujung mata kanan -- baik hati, sopan santun, cerdas
hujung mata kiri --- baik budi, murah rezeki
punggung kanan ----- agak mengalami kesulitan
punggung kiri ------ malas dan suka duduk
betis kanan -------- suka berhibur, boros
betis kiri --------- rajin,tidak suka menganggur
lutut kanan -------- bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha
lutut kiri --------- kurang kuat berusaha
kepala sebelah kanan ------ terkabul cita-cita
kepala sebelah kiri ------- sering menemui kesusahan
kepala sebelah belakang --- jujur, sabar dan tekun
kening kanan -------------- cerdas dan cekap
kening kiri --------------- cerdas, sopan santun
tengah kening ------------- keras hati, berani segala hal
hujung mulut kanan -------- kecil rezeki, tak mudah kalah
hujung mulut kiri --------- suka berpoya-poya
ketiak kanan -------------- dapat menyimpan rahsia
ketiak kiri --------------- jujur, banyak yang cinta
pergelangan kaki kanan ---- suka berpergian (keluar rumah)
pergelangan kaki kiri ----- kehendak kuat
batang hidung ------------- banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
pada hidung --------------- banyak rezeki
dagu bawah kanan ---------- jujur dan baik hati
dagu bawah kiri ----------- bijak sana dan berbudi luhur
kemaluan kanan atau kiri -- baik, suka senggama
di kepala kemaluan (lelaki) --- bakal beristeri 2
tumit kanan ------------------- jujur dan banyak kawan
tumit kiri -------------------- baik budi
alis kanan -------------------- suka menolong, baik hati
alis kiri --------------------- ramai yang suka
pangkal peha kanan ------------ kemahuan kuat
pangkal peha kiri ------------- suka kerja apa pun
telapak kaki kanan --- tak mudah mengeluh
jari kaki kanan ------ suka menolong
jari kaki kiri ------- berbudi, suka berbuat baik
bahu kanan ----------- cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan
bahu kiri ------------ suka kerja keras, banyak tanggungjawab
buah dada kanan ------ baik hati, pendiam,simpan rahsia
buah dada kiri ------- ramai kawan, setia pada pasangan
lengan kanan --------- setia dan taat pada atasan
lengan kiri ---------- menepati janji dan rajin
pipi kanan ----------- ramai teman
tengah-tengah pipi kanan --- ramai yg suka
tengah-tengah pipi kiri ---- ramai teman
ubun-ubun --- kurang jujur
pusat ------- cerdas, tangkas, tekun
pusat bahagian kanan --- sejahtera dalam hidup
pusat bahagian kiri ---- beroleh kemuliaan
pinggang kanan --------- sayang pada pasangan hidup
pinggang kiri ---------- disayang pasangan hidup
dada kanan ------------- dapat mengatasi masalah
dada kiri -------------- berani, jujur dan sabar
telapak kaki kanan ---- tidak mudah mengeluh
telapak kaki kiri ------ baik budi pekertinya
siku tangan kanan ----- kuat ingin memiliki kekayaan
siku tangan kiri ------- baik hati, suka menolong
jari tangan kanan ------ serba beroleh keuntungan
jari tangan kiri ------- serba baik bekerja
jari telapak tangan kanan ---- banyak rezeki tapi boros
jari telapak tangan kiri ----- banyak rezeki dan cermat
pergelangan tangan kanan ----- boros, suka bersukaria
pergelangan tangan kiri ----- dapat berpangkat
perut bawah kanan --- banyak rezeki, suka memberi maaf
perut bawah kiri ---- baik hati, tenang hidupnya
sudut mata kanan dalam --- disayang suami atau isteri
sudut mata kiri dalam ---- tidak mudah dilupakan pasangan
sudut mata kanan luar ---- baik budi, ramai yg cinta
pelipis kiri -------- murah rezeki, dpt jadi kaya
pelipis kanan ------- serba berhasil dalam usaha
kelopak mata kanan atas --- baik hati, ramah, berjaya
kelopak mata kiri atas ---- baik budi, ramai yg suka
kelopak mata kanan bawah -- agak malas
kelopak mata kiri bawah --- agak bodoh, kurang bijaksana

*Ana tak tahulah betul atau tidak. Perkara macam ni tak boleh percaya...tapi sekadar suka-suka aje.huhu

Tuesday, November 2, 2010

.:10 amalan terbalik:.

Jom Kongsi


Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali
tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita
adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.

Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun.
Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri.
Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam peperiksaan. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen membaca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tetapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan.
Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat membaca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tetapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah.
Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.
Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat."
(Riwayat Bukhari)

.:menjelang peperiksaan:.

Jom Kongsi


Jangan engkau pinggirkan Tuhan

Sahabat sekalian. Tiba masanya kini ilmumu di uji. Setelah
berlalu satu semester yang engkau penuhi dengan menuntut
dan mempelajarinya siang malam.Beruntunglah engkau kerana
pekerjaanmu ini sentiasa didoakan oleh para malaikat Tuhan yang
suci dan juga ikan-ikan di air.

Kini engkau akan di uji. Sejauh mana engkau mendalami
ilmu yang engkau pelajari. Tentu engkau berdebar sekarang
menanti untuk masuk ke medan pertempuran, satu lawan satu.
Mungkin sekarang engkau sedang berhempas pulas menghafal,
memahami dan mengulangkaji ilmu- ilmu yang engkau perolehi dari
pensyarahmu. Pastinya engkau dibelenggu dengan kesibukan baik
pagi dan petang menelaah buku pelajaran.Teruskanlah.

Cuma satu pesanan dariku. Janganlah kesibukanmu ini
Sampai meminggirkan Tuhan. Kalau dulu sembahyangmu penuh tertib
Dan adab sopan, janganlah hendaknya kini engkau tergesa-gesa dalam
solatmu. Kalau dahulu engkau sempat solat sunat sebelum dan sesudah
solat fardhu, janganlah engkau tinggalkan kerana khuatir masa belajarmu
terganggu.

Monday, November 1, 2010

.:hidup kita cuma dalam 3hari:.

Jom Kongsi

HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI
1. Semalam : Sudah menjadi sejarah
2. Hari ini : Apa yang sedang kita lakukan
3. Esok : Hari yang belum pasti Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik dari hari yang pertama. Jangan mengharap hari yang ketiga kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
1. Nafas Naik
2. Nafas Turun Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaanNya dalam menggunakannya. Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin nafas itu yang terakhir keluar dari tubuh bersama Nyawa dan Roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT:
1. Kekal di dalam neraka
2. Kekal di dalam syurga
Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN. Rukun Iman itu pula ada 6 dan hilang salah satu darinya maka hilanglah ia. Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT...
Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapalterbang tetapi tidak mempunyai

BOARDING PASS.
Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya...lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian. Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :-
1. Dia mungkin didenda
2. Segala suratnya masuk tong sampah. Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita.... Sekurang-kurangnya Allah telah beri udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati Allah setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang...lalu masuk kedalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More