Saturday, January 30, 2010

.:Kisah Benar Untuk Dijadikan Iktibar:.

Jom Kongsi


Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang
ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak
dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang doktor neurologi. Setelah memeluk Islam, dia
amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang
bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an". Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan
ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an.

Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black
seed) dan sebagainya. Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka
doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat
beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci
otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.

Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan
memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud
semasa mengerjakan sembahyang. Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa
sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut
mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam.

Begitulah keagungan ciptaan Allah. Jadi barang siapa yang tidak menunaikan sembahyang, akan
otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.Oleh
yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya'
kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.

Kesimpulannya:

Makhluk Allah yang bergelar manusia yang tidak bersembahyang, walau pun akal mereka berfungsi
dengan secara normal tetapi sebenarnya dalam sesuatu keadaan mereka akan kehilangan
pertimbangan dalam membuat keputusan yang normal. Justeru itu, tidak hairanlah jika manusia ini
kadang kala tidak segan silu untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan fitrah
kejadiannya, walau pun akal mereka mengetahui bahawa perkara yang akan dilakukan itu adalah
bersalahan dengan kehendak mereka. Inilah adalah kesan daripada ketidakupayaan otak mereka
untuk mempertimbangkan akan perbuatan mereka itu secara lebih normal. Maka dengan itu tidak
hairanlah timbulnya bermacam-macam gejala-gejala sosial masyarakat masakini. Dari itu, marilah
kita bersama-sama mengambil ikhtibar daripada kisah di atas. Ambillah Islam secara menyeluruh
dan bukannya secara berdikit-dikit.

Dipetik daripada Arab News, 7 Januari /Februari 1987.

Thursday, January 28, 2010

Maal Hijrah 1431 the movie

Jom Kongsi

..majlis ilmu..

Jom Kongsi


alhamdulillah..bersyukur sangat-sangat kepada Allah yang maha Esa kerana diberi lagi peluang kpd diriku untuk terus lagi hidup didunia ini iaitu jambatan ke syurga. dibumi inilah kita mencari bekalan sebanyak mungkin untuk ditimbang di al-mizan nanti. jangan sia-siakan peluang diberi, kerana peluang ini hanya datang sekali dan jika kita mensia-siakan peluang ini. kita adalah serugi-rugi makhluk...
alhamdulillah, dengan kerjasama JAPIM dan BKS serta xdilupakan kepada guru2 pelatih di iptb, pengajaran kitab-kitab lama telah berjalan dengan lancar sekali. sokongan daripada muslimin dan muslimat amat dihargai. pengajaran kiab-kitab lama ini bukan dapat menambahkan lagi ilmu-ilmu islam dengan lebih mendalam, malah dapat memberi ruh atau semangat jihad islam di dalam diri masing-masing. jadi, tidak rugi kita korban kan masa lebih kurang satu jam selepas maghrib untuk mengaji, mendengar dan menghayati isi-isi kitab-kitab tersebut. InsyaAllah, jika kita mengorbankan masa demi agama Allah, Allah akan menolong kita balik...

Friday, January 15, 2010

'Memantapkan Ukhuwah, Memperkasakan Ummah'

Jom Kongsi

7 aribulan 1 thun 2010 yang lepas, ak dan rakan2 skelasku dipanggil berkumpul di dalam klas. dengar khabar ada tugasan baru untuk kami.. rupa rupanya khabar itu menjadi kenyataan. klas kami telah diamanatkan untuk membuat satu mjlis sambutan maal hijrah 1431h dan membuat assyura peringkat IPGM KTB. kami sekelas bergerak dibawah Badan Kebajikan Surau(BKS) dan Jabatan Pendidikan Islam dan Morak(JAPIM). kali ni, ak m'dapat mandat sebagai pgerusi sambutan.. fuh.. brat tuh. smua ak kena fikir. nasib baik ah klas aku dikira macam lengkap ah. bab2 masak, bab2 multimedia, bab peralatan pon dah ada yang b'minat. tp, smua perlu kpd arahan. ak mmg sukar untuk membuat arahan. mungkin ak bru disini. majlis ni pula adalah mjlis pertama yang kami hander. jd, mcm2 ah kekurangan.


erm, 14 januari 2010,pkol3 ptg ari khamis, program bermula dgn memasak bubur asyura. haha..chef sudah mari awal lagi, tp, barang yang nak masak xda lagi. mmg truk ah. kalot kami pergi beli. mcm2 xckup.. tp, Alhamdulillah.. kami xbuat kerja 18 orang, senior2 kami dari sem 1 pismp n sem3 pismp turun padang juga. sem7 pismp pon ada untuk sama2 kacau assyura ni. pensyarah JAPIM mmg wajib ada. hahaha.. smua bagi komitmen. pada mulanya, kami sangka sambutan ni akan agak truk ah mungkin kekurangan kakitangan untuk buat kerja. ttp, ramai yang bagi komitmen.. Alhamdulillah...pada sebelah malam pula ada forum yang bertajuk "ukhuwah ummah diperkasa, mualim berhemah dijana". panel2 adalah gabungan daripada ustaz2 JAPIM dan ahli BKS. tpi, yang frustnya LCD xjalan.. adoii.. ajk multimedia telah buat 2video khas untuk mlam tu. tp, hampeh ah.. smua xjadi. ak mmg kecewa giler ah. mjlis punya dikira agak besar. muslimin n muslimat agak2 dalam 300orang. tiba2 video xbleh nak pasang plak.. mungkin ada hikmah disebalik tu kot. uuuurm... tp, ak tetap bersyukur kerana agenda yang utama pada malm tu ialah forum.. harap2 guru2 pelatih ambik smua input semalam untuk menjadi bekalan dunia n akhirat.. InsyaAllah...

last sekali ak nak katakan disini, ak amat kagum dengan rakan2 sekelas ku.. smua beri komitmen dan semua arahan diorang patuh.. walaupun smbutan kali ni bnyak kecacatan, tp inilah sambuatan pertama buat kami. kami perlukan tunjuk ajar dripada semua. InsyaAllah pas2ni perkara sama xkan berulang lagi.. terima kasih smua...

Thursday, January 14, 2010

.:Anak yang soleh:.

Jom Kongsi


Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah SWT. Setiap
kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia
akan bercakap dengan Allah SWT. Nabi Musa sering bertanya dan Allah SWT akan menjawab
pada waktu itu juga. Ini lah kelebihannya yang tiada pada nabi-nabi lain. Suatu hari Nabi
Musa bertanya kepada Allah SWT...
“Ya Allah siapakah orang yang di syurga nanti akan berjiran dengan aku ?”.
Allah SWT menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya.
Setelah mendapat jawapan Nabi Musa turun dari bukit dan terus berjalan menuju ke tempat
yang diberitahu.
Setelah beberapa hari dalam perjalanan akhirnya beliau sampai ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa penduduk di situ beliau berjaya bertemu dengan orang
tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan
rumah tidak melayan Nabi Musa dan terus masuk ke bilik dan melakukan sesuatu. Sebentar
kemudian dia keluar sambil membawa seekor khin’zir betina yang besar dan didokong
dengan cermat. Nabi Musa terkejut dan bertanya “Apa hal ini ?” di dalam hatinya penuh
kehairanan. Khin’zir itu dimandikan dan dibersihkan dengan baik, dikeringkan, dipeluk dan
diciumnya. Selepas itu orang tersebut membawa keluar pula seekor khin’zir jantan dan
dilakukan serupa dengan khin’zir betina tadi.
Setelah selasai tugasnya, barulah orang itu melayan Nabi Musa dan lalu bertanya,
“Wahai saudara, apa agama kamu ?”.
“Tauhid agamaku”, jawab orang itu iaitu agama Islam.
“Mengapa kamu membela khin’zir, kita dilarang berbuat begitu”, kata Nabi Musa.
“Wahai tuan hamba, sebenarnya kedua-dua ekor khin’zir itu adalah kedua ibu-bapaku”,
terang orang itu. “Oleh kerana kedua-dua mereka telah melakukan dosa besar, Allah SWT
telah menukarkan rupa mereka kepada khin’zir. Soal dosa mereka dengan Allah adalah
urusan mereka dan urusan Allah. Aku sebagai anaknya akan berbakti dan tetap
melaksanakan kewajipan sebagai anak sepertimana yang tuan hamba lihat tadi walaupun
mereka telah bertukar menjadi khin’zir”, jelas dengan orang itu lagi.
“Setiap hari aku berdoa kepada Allah SWT agar dosa mereka diampunkan serta menukarkan
wajah mereka seperti manusia biasa”, tambah orang itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah SWT menurunkan wahyuNya kepada Nabi Musa.
“Wahai Musa inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti, daripada hasil
baktinya yang terlalu tinggi kepada kedua ibu-bapanya, walau pun telah berubah kepada
khin’zir. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak yang soleh di sisi Kami. Oleh kerana
dia telah berada dimaqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami makbulkan doanya.”

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Itulah berkat doa anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa kedua ibu-bapa.
Walau macam mana buruk kedua ibu-bapa dan dosa kedua ibu-bapa kita, itu adalah bukan
urusan kita. Urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sepertimana
mereka menjaga kita sewaktu masih kecil lagi hinggakan dewasa. Walau banyak mana dosa
yang dilakukan, urusan kita ialah memohonkan ampun kepada Allah SWT, semoga mendapat
tempat di akhirat dan alam kubur. Erti kasih sayang kepada ibu bapa bukanlah wang ringgit,
cukuplah dengan doa agar mendapat tempat di sisi Allah SWT.





hari p'tama sem2 di iptb

Jom Kongsi

fuhh... pagi2 lagi ada p'hmpunan untuk pmbukaan semester.. tp, p'hmpnan bez ari coz buat dalam dewan besar. ada econ lagi. haha.. bru ah khusuk ckit nak dgar ucapan td. haha
ucapn drpda pnsyarah pe ntah nama die, tp dia ckap ttg peranan guru pelatih kat iptb. kire mcam dia nsihat2 ckit..
ana skang ni sdah msuk semester2. erm, senior kate sem2 ni lah sem yang penat ckit. xtaw ah tu penat cam ner.. tggu jelah cabaran 2010. harap2 sem ni lbih baik. lbih kemas, lebih b'kualiti drpada sem lpas. amiin

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More