Satu ucapan yang ada dalam doa Iftitah ialah kalimah yang bermaksud: “Aku hadapkan wajahku untuk Tuhan yang menjadikan langit dan bumi”. Apakah yang dimaksudkan dengan menghadapkan wajah kepada Tuhan? Adakah wajah pada tubuh manusia yang hendak dihadapkan kepada Tuhan?Pada zahirnya wajah orang yang mendirikan solat itu dituntut supaya dihadapkan kea rah qiblat, ia mesti dipatuhi sebagai melaksanakan kehendak agama. Tetapi bukanlah wajah tubuh seseorang itu yang hendak dihadapkan kepada Allah S.W.T kerana wajah yang lahir hanya dihadapkan kea rah kiblat saja, sedangkan Allah SWT itu Maha Suci dan dilingkungi segala arah sehingga membolehkan seseorang menghadapkan wajah tubuhnya ke arah Allah SWT. Walaupun kalimah itu menggambarkan berdepan antara wajah orang yang sedang mendirikan solat...