Wednesday, December 2, 2009

Menghormati Guru Cara Imam Syafie

Jom Kongsi

Imam Syafie merupakan seorang ulama’ yang cukup banyak memberi sumbangan menggubal dan memperjelas hukum-hakam dalam Al-Quran. Oleh sebab itulah Mazhab Syafie adalah mazhab terbaik dari segi ketelitiannya dalam menggubal hukum-hakam fiqh untuk umat Ahli Sunnah Wal Jamaah. Satu lagi keistimewaannya ialah dari segi menghormati guru.
Pada suatu hari, dia sedang memberi kuliah kepada ribuan pelajar-pelajarnya, masuklah seorang Badwi yang amat comot serta amat busuk baunya. Melihat sahaja Badwi itu masuk, beliau lantas berhenti daripada memberi kuliah dan menerpa Badwi itu serta memeluknya dengan erat. Tergamam anak muridnya melihat perlakuan Imam Syafie sedemikian.Selesai kuliah maka bertanyalah seorang muridnya kepada Imam Syafie perihal kenapa beliau memeluk Badwi tersebut.
Lalu Imam Syafie berkata bahawa walaupun Badwi itu busuk dan comot, tetapi Badwi itu ialah gurunya. Sebab dia memeluk Badwi itu sebagai cara menghormati guru. Makin terpegunlah pelajar-pelajarnya apabila diberitahu tentang Badwi yang jahil itu menjadi guru Imam Syafie. Sekali lagi bertanya tentang apakah yang diajar oleh Badwi itu kepada Imam Syafie? Jawab Imam Syafie, “Pada suatu hari, sedang aku menulis kitab Fiqh, aku mempunyai 1 masalah iaitu bagaimanakah cara untuk mengenali dan membezakan di antara anjing yang cukup umur dengan yang belum cukup umur. Lalu aku teringat kepada Badwi itu tahu kerana dia banyak memelihara anjing untuk mengawal kambing-kambingnya. Aku pun bertanya hal tersebut kepadanya. Dia menerangkan perbezaan antara anjing yang tidak cukup umur yang angkat sebelah kaki belakang apabila kencing dengan anjing yang cukup umur yang tidak mengangkat kakinya apabila kencing. Dengan panduan daripada Badwi itulah, maka aku dapat menyiapkan kitabku itu.” Begitulah ceritanya. Walaupun sedikit jasanya kepada Imam Syafie, tetapi Imam Syafie amat menghargainya.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More