Sunday, October 31, 2010

.:kisah adik-beradik:.

Jom Kongsi


Pada suatu hari yang nyaman, dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa, sebuah keluarga besar telah pergi piknik di tepi pantai. Keluarga ini merupakan keluarga yang kaya raya. Ada tauke balak, ada tauke minyak, ada tauke minyak sawit, ada tauke getah, ada tauke emas dan macam- macam lagi. Namun, tidak mungkin dalam satu bakul buah itu, semuanya elok, pasti ada jugak yang busuk.

Sebenarnya kehidupan adik-beradik ini mula goyah selepas bapa mereka dibunuh secara kejam di Turki. Kehidupan mereka mula bertelagah sesama sendiri. Bagi abang-abang yang kaya, mereka melupakan adik- adik mereka yang miskin. Bagi adik-adik yang mula belajar hidup berdikari, maka berusahalah mereka membantu adik-adik yang miskin itu semampunya sambil menempelak abang-abang mereka yang mula lupa diri.
Satu hari, semasa keluarga ini berpiknik, seorang adik perempuan mereka telah diculik dan telah dicabul dengan kejam. Perlakuan ini berlaku di depan khemah abang-abang yang kaya ini. Pencabulan si adik itu dilakukan oleh sekumpulan pendatang haram yang suka membuat kacau kehidupan orang lain. Adik-adik yang lemah ini hanya mampu memandang dengan kesayuan. Tetapi si abang-abang hanya melihat dengan keseronokan adik perempuan mereka dicabul kehormatannya di hadapan khemah mereka sendiri.
Tidak lama selepas itu pula, salah seorang adik lelaki mereka pula telah lemas dihanyut ombak. Salah seorang daripada mereka cuba menyelamatkan si adik yang lemas itu tetapi dihalang oleh abang atas alasan, marilah bawak berbincang dahulu. Jangan terburu-buru, bahaya.
Akhirnya, di saat adik perempuan mereka diratah dengan penuh nafsu oleh sekumpulan pendatang haram itu, dan adik lelaki pula hamper kelemasan di tengah lautan, mereka telah duduk berbincang sambil makan makanan yang mewah-mewah dan minuman yang lazat-lazat.
Tajuk persidangan kita hari ini adalah, "Cara-cara menyelamatkan adik perempuan yang dirogol dan adik lelaki yang kelemasan." Itulah kata si abang sulung selaku pengerusi majlis.
Adik-adik yang lebih muda dengan bersemangat hendak terus bergocoh dengan pendatang-pendatang haram tersebut, dan juga tanpa menghiraukan keselamatan, ingin sahaja terus menyelamatkan adik lelaki mereka yang semakin kelemasan itu. Tetapi dengan tenang si abang-abang berkata,"Inilah orang muda, suka sangat ikut perasaan. Cuba sikit hormat orang tua. Kita ambik jalan yang lebih berdiplomasi."
Akhirnya, si abang berjumpa dengan ketua pendatang haram tersebut. "Ini resolusi kami. Jangan rogol adik kami lagi. Kalau nak sangat tubuh adik kami pun, cuba hentikan rogol tu dulu. Kita buat gencatan nafsu."
Maka mereka pun berbincang. Sambil berbincang itu, pencabulan terhadap adik perempuan itu masih berjalan sambil ditonton oleh adik- beradik yang lain.
Tentang si adik lelaki yang kelemasan, seorang dari mereka cuba mendapatkan bot penyelamat, tapi dihalang oleh abang yang lain.
"Hoi monyet...senyaplah... pengkhianat!" Getus hati si adik yang tidak puas hati kerana bot penyelamat yang ada telah dibocorkan oleh abang-abang mereka.
Akhirnya adik-adik berdarah muda telah diketepikan. Bagi si abang, adik berdarah muda merosakkan keadaan sahaja. Adik-adik muda ada yang dikenakan akta Ikut Suka Aku, dikhatankan buat kali kedua, dirosakkan khemahnya dan pelbagai lagi. Manakala, adik-adik perempuan muda pula ditakut-takutkan akan hilang kehormatannya.
Keadaan semakin genting. Adik-beradik tadi melakukan mesyuarat kununnya tergempar pula. Kali ni mereka agak sepakat.
"Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pendatang haram mencabul adik perempuan kami."
"Selamatkan adik kami yang kelemasan."
Tetapi mereka hanya memasang banner di sepanjang pantai tersebut. Dengan harapan, ada orang yang akan membantu mereka. Adik perempuan mereka semakin terus dicabul. Pakaian adik perempuan mereka sudah tidak ada lagi di tubuh. Adik-beradik tadi hanya terus menonton drama cabul mencabul itu dari dekat selepas bermesyuarat yang kununnya tergempar itu. Adik lelaki mereka pula sekiranya tadi tangannya kelihatan, kini seolah-olah sudah hampir mati. Hanya menunggu malaikat maut datang mengambil nyawa. Lalu, diangkatlah lagi banner "Selamatkanlah adik kami yang kelemasan" setinggi-tingginya dengan harapan ada orang lain yang membantu.
Bila melihat banner itu tidak berkesan. Mereka bermesyuarat lagi. Dan mereka mengeluarkan banner yang baru. Yang lebih cantik dan mahal. Adik perempuan terus dinodai. Adik lelaki sudah semakin hanyut di tengah lautan... adik-beradik lain pula terus bermesyuarat dan mesyuarat untuk menghasilkan banner dengan wording yang lebih menarik....
Itulah kisah keluarga besar di satu tempat yang dirahsiakan namanya.
catatan :
• adik perempuan itu bernama Palestin.
• adik lelaki itu bernama Iraq
• abang-abang itu negara Arab yang kaya raya
• adik-adik yang senyap itu negara umat Islam yang membangun / mundur.
• adik-adik yang berdarah muda itu gerakan-gerakan Islam
• mesyuarat itu pula ada mesyuarat OIC
• bapa yang mati adalah khalifah

Wednesday, October 13, 2010

.:kubu pertahanan daripada godaan syaitan:.

Jom Kongsi

Sepuluh pintu hati manusia yang dimasuki oleh syaitan :
1. Tamak : Kita mestilah menghadapinya dengan menaruh kepercayaan dan berpada dengan apa yang ada setelah berusaha dan berikhtiar.

2. Cintakan hidup duniawi dan panjang angan-angan : Kita mestilah menghadapinya dengan rasa takut terhadap kedatangan maut dengan tiba-tiba.

3. Cintakan kerehatan dan kenikmatan : Kita mestilah menghadapinya dengan meyakini bahawa nikmat itu akan hilang dan meyakini balasan buruk.

4. Kagum pada diri sendiri : Kita mestilah menghadapinya dengan mensyukuri nikmat-nikmta Allah dan takut balasan siksaanNya.

5. Memandang rendah terhadap orang lain dan tidak menghormati mereka : Kita mestilah menghadapinya dengan cara mengetahui hak-hak dan kehormatan mereka.

6. Hasad : Kita mestilah menghadapinya dengan sifat qanaah (berpuas hati dengan apa yang ada setelah berusaha dan berikhtiar) serta redha terhadap kurniaan dan ketetapan Allah kepada makhluknya.

7. Riyak dan suka pujian manusia : Kita mestilah menghadapinya dengan sifat ikhlas.

8. Bakhil : Kita mestilah menghadapinya dengan meyakini bahawa apa yang ada di tangan makhluk akan binasa, sedangkan apa yang ada di sisi Allah itu kekal.

9. Takabbur : Kita mestilah menghadapinya dengan sifat tawadhuk dan sedar hakikat asal kejadian kita.

10. Buruk sangka : Kita mestilah menghadapinya dengan yakin terhadap balasan Allah dan tidak mengharapkan sesuatu yang ada pada manusia.

Thursday, October 7, 2010

.:umar abdul aziz:.

Jom Kongsi

Umar Abdul Aziz adalah khalifah yang adil sehingga diberi gelaran khulafa’ al-Rasyidin yang kelima. Nama penuhnya ialah Abu Hafs, Umar ibnu Abd al-Aziz ibnu Marwan ibnu al-Hakam al-Umawiy al-Qurashiy. Nama ibunya ialah Laila binti Asim bin Umar bin Al-Khatab. Dia ialah seorang daripada khalifah kerajaan Bani Umayyah di Syam. Moyang sebelah ibunya ialah Umar ibnu al-Khattab. Umar Abd Aziz lahir di Madinah al-Munawwarah.

Semasa bapanya dilantik sebagai pemerintah di Mesir, dia turut dibawa bersama dan menghafaz al-Quran di sana. Kemudian bapanya telah menghantarnya ke Madinah semula untuk mempelajari ilmu agama dan mendalami ilmu sastera. Beliau merupakan seorang yang celik ilmu dan juga mempunyai akal fikiran yang cerdas. Umar bin Abdul Aziz menghafaz Al-Quran dan menuntut ilmu sejak beliau masih kecil. Beliau sentiasa berada di dalam majlis ilmu bersama-sama dengan orang-orang yang pakar di dalam bidang fekah dan juga ulama-ulama. Beliau berusaha bersungguh-sungguh untuk mendalami sebanyak mungkin ilmu khususnya ilmu yang berkaitan dengan agama Islam.

Di dalam usia beliau, beliau pernah memegang teraju pemerintahan di Madinah beberapa ketika. Beliau telah berguru dengan beberapa tokoh terkemuka seperti Imam Malik bin Anas, Urwah bin Zubair, Abdullah bin Jaafar, Yusuf bin Abdullah dan sebagainya. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran dengan beberapa tokoh terkenal di Mesir. Beliau telah dipanggil balik ke Damsyik oleh Khalifah Abdul Malik bin Marwan apabila bapanya meninggal dunia dan dikahwinkan dengan puteri khalifah, Fatimah binti Abdul Malik iaitu sepupunya sendiri.

Jika kita mencelikkan sedikit minda kita untuk berfikir dengan lebih jauh, individu yang bersifat seperti Khalifah Umar Abdul Aziz adalah sukar untuk dicari pada zaman sekarang. Kebanyakkan individu sekarang lebih suka menumpukan hanya kepada satu bidang ilmu kerana bagi mereka adalah agak sukar untuk mempelajari pelbagai bidang ilmu sepanjang berjalan di bumi Allah ini. Di samping itu, jika diperhatikan, pelajar dan guru sekarang telah menjadi tunggang terbalik. Jika pada masa dahulu pelajar berusaha mencari guru dan menunggu guru jika guru terlewat. Tetapi sekarang guru yang mencari pelajar dan guru jugalah yang menunggu ketibaan pelajar di dalam kelas.

Perkara yang lebih teruk lagi ialah pelajar sekarang kurang berminat untuk menuntut ilmu malah bergiat aktif dalam gejala yang tidak sihat seperti hisap rokok, samun, peras ugut dan juga buli.

Sunday, April 18, 2010

.:Bersemuka Dan Bersoal Jawab Dengan Allah:.

Jom Kongsi

KETIKA seseorang itu berdiri (qiam) di dalam solatnya, adalah beerti dia berdiri di hadapan Allah SWT, dengan rendah diri dan hina, serta bebas daripada sombong dan takabbur. Ketika itu hendaklah dibayangkan seolah-olah ia baru dibangkitkan dari kubur dan sedang bersoal-jawab dengan Allah SWT. Dalam keadaan demikian, seseorang itu sedar bahawa ia sedang berdiri di depan Tuhannya dan Allah SWT pula Maha Mengetahui kedudukan seorang hamba yang sedang berdepan dengan-Nya. Jika seseorang itu berdiri di depan seorang raja, pasti dia merasai suatu kelainan dalam hatinya. Betapa pula apabila dia berdiri di depan Raja bagi sekalian raja-raja iaitu Allah SWT, pasti merasa lemah atau tidak terdaya oleh kebesaran Allah SWT. Demikianlah Imam al-Ghazali menjelaskan dalam kitabnya.
Apabila manusia terdengar laungan azan setiap kali datangnya solat fardhu, maka demikianlah gambaran ketika malaikat Israfil meniup serunai 'sangkakala'di hari qiamat kelak. Ketika itu semua manusia yang berada di dalam kubur bangkit dan berduyun-duyun menggerakkan kaki menuju ke hadrat Allah SWT. Apabila seseorang itu keluar dari rumahnya melangkah kaki menuju ke masjid setelah mendengar seruan azan, bayangkan pula ketika manusia diperintahkan keluar dari kubur masing-masing setelah mendengar tiupan sangkakala untuk menghadap Allah SWT,dalam keadaan letih tidak bermaya.Sudah pasti melangkah kaki menuju ke masjid lebih mudah dari melangkah kaki di Padang Mahsyar.
Jika sewaktu mendengar azan, ramai orang yang malas untuk bangun menyahut seruan itu bagi menunaikan solat fardhu berjemaah di masjid, maka demikian juga keadaan manusia ramai yang baru dibangkitkan dari kubur dengan lemah, namun merekqa terpaksa melangkah juga setelah mendengar tiupan sangkakala sekalipun dengan keadaan malas untuk bergerak. Apabila kita membayangkan sebanyak lima kali dalam sehari mendengar seruan azan yang menyeru untuk menghadap Allah SWT, seolah-olah manusia sedang mendengar tiupan serunai sangkakala oleh malaikat Israfil itu,sudah tentu akan lahir rasa gerun bagaimana dahsyatnya hari Mahsyar itu.
Setiap kali mendengar seruan azan, jika dapat dibayangkan seolah-olah seruan azan itu umpama tiupan sangkakala maka sudah tentu seseorang itu akan merasa gerun. Dengan itu mereka akan merasa takut untuk melakukan perbuatan keji dan mungkar, sebaliknya berusaha melakukan perbuatan yang baik. Islam mengajar antara syarat sah solat mestilah suci dari segala najis kekotoran dan juga daripada segala hadas. Jika semua itu disedari oleh seseorang ketika ia hendak melakukan solat, maka tidak mungkin mereka tidak teringat mengenai kesucian hati dan kebersihannya daripada segala keji dan mungkar. Sedangkan itu adalah pusat segala tumpuan seseorang untuk berdepan dengan Allah SWT dalam solat.
Sekiranya pakaian kita ketika solat bersih dan suci dari segalan kekotoran sedangkan hati pula kotor, bergelumang dengan segala najis batin,maka nyatalah bahawa seseorang itu lalai dari mengingati Allah SWT.Oleh itu apabila seseorang sedang berwuduk membasuh semua anggota wuduknya, maka jangan lupa bahawa hati juga perlu dibasuh Cuma cara basuh hati berbeza, kerana ia hendaklah dibasuh dengan berbanyak-banyak taubat.Seruan untuk menunaikan solat fardhu itu adalah satu urusan yang besar, kerana jika kita bayangkan bagaimana seorang askar ketika dipanggil oleh pegawai atasannya,maka kita dapati dia tidak berlengah-lengah datang dengan segera. Dia melangkah pantas dan berdiri tegak serta cukup bersedia untuk menerima arahan berikutnya. Ataupun apabila seorang dipanggil oleh raja yang memerintah,pasti dia akan datang mengadap kembali dan berdiri dengan segala adab sopan di depan raja agar raja tidak murka.
Betapa pula seorang yang penuh kesedaran bahawa dia sedang berdiri berdepan dengan Allah SWT dalam satu ibadah solat yang mesti dilengkapi dengan syarat dan rukun yang diwajibkan, tentu mereka akan merasa betapa mustahaknya dia menjaga segala adab dan peraturan iaitu sifat khusyuk dan seumpamanya. Malah dia juga wajib merasa hinanya diri apabila berdepan dengan Allah SWT, sedangkan dirinya adalah zat yang maha hina sedang berdepan dengan Allah SWT yang Maha Mulia dan Maha Agung.
Ketika itu tentulah terasa betapa tidak terdayanya seseorang itu sebagai seorang hamba yang lemah.Sekiranya seseorang dapat merasai demikian itu, ia pasti tidak terdaya untuk melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah SWT. Sebaliknya jika seseorang itu mengerjakan solat, dalam masa yang sama masih melakukan perbuatan keji dan mungkar. Hal ini beerti dia tidak merendah diri dan tidak merasa gerun kepada Allah SWT. Mereka yang tidak merasai bahawa dirinya sedang berdepan dengan Allah SWT. Justeru, seolah-olah perbuatan kejinya itu tiada siapa yang menyaksikannya. Dalam keadaan demikian ia akan melakukan apa yang diingini untuk mengikut segala apa yang didorong oleh hatinya yang kotor itu.

Saturday, March 13, 2010

.: maulid nabi:.

Jom Kongsi




Cahaya Selawat
Album : Senyum
Munsyid : Raihan

Ya Nabi salam alaika
Ya Rasul salam alaika
Ya Habib salam alaika
Solawatullah alaika

Ya Rasul kau bawa cahaya,
Menyinari alam buana,
Bumi tandus subur kembali,
Rasa gembira di hati.

Lahirmu membawa rahmat,
Memimpin ke jalan selamat,
Akhlakmu yang sungguh memikat,
Contoh buat seluruh umat.

Mulianya pengorbananmu,
Kebaikan yang kau seru,
Biarpun halangan menimpa,
Namun dirimu tetap tabah.

Ya Muhammad yang berjasa,
Quran dan Sunnahlah pusaka,
Menjadi panduan manusia,
Untuk hidup aman dan sentosa.

*ana selitkan selawat di blog ini untuk sama2 kita berselawat ke atas baginda junjungan nabi Muhammad s.a.w. semoga kita mendapat syafaat Baginda dan dipertemukan dengan Baginda di akhirat kelak.. amin



Kita sangat digalakkan berselawat kepada Nabi kita s.a.w. Malah ia begitu penting sehingga doa kita tidak diterima oleh Allah jika kita tidak berselawat. Perkara ini merupakan satu hakikat kerana ia disampaikan sendiri oleh Nabi Muhammad :
Rujukan :

* Riwayat Ad-Dailami

"Setiap doa adalah terhalang, sehingga berselawat atas Nabi s.a.w. "

Begitu sekali Allah melihat kepentingan selawat. Ini ialah kerana kebanyakan kita melakukan banyak dosa dan kemungkaran setiap hari. Lebih-lebih lagi kita yang hidup jauh daripada zaman Nabi s.a.w. Begitu lemahnya iman dan amalan Islam kita sehingga iman kita diibaratkan senipis kulit bawang dan iman kita pula diibaratkan seperti iman orang yang munafik. Memang sepatutnya sekiranya Allah tidak terima permintaan daripada orang-orang yang banyak melakukan dosa seperti kita.

Tetapi, Allah itu bersifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Dia kasihankan kita, maka Dia bagi jalan keluar.

Dia suruh kita berselawat kepada Nabi s.a.w. dahulu. Apabila kita berselawat, barulah doa kita akan didengar-Nya. Barulah ada peluang untuk ia dikabulkan pula. Kalau awal-awal lagi sudah ditolak, sudah tentu tidak ada peluang untuk diterima sama sekali.

Berselawat kepada Nabi ibarat kita dapat "recommendation" daripada baginda. Tamsilannya begini. Katakanlah kita hendak memohon sesuatu pekerjaan di sebuah syarikat. Kita tahu ramai orang lain yang bersaing dengan kita untuk mendapatkan kerja tersebut. Tetapi apabila kita jumpa pengurus dan cakap pada dia, "Saya kenal baik Encik Rustam, pembantu kanan tuan." Pada masa yang sama pula, Encik Rustam tu "recommend" kita untuk mendapatkan pekerjaan tersebut. Maka, menjadi mudahlah untuk kita diterima untuk menjawat jawatan tersebut.

Begitulah tamsilan kita berselawat kepada Nabi s.a.w. Bila kita berselawat, nabi pun akan menjawab selawat kita. Selawat baginda kepada kita itulah doa untuk kita. Dan doa para nabi itu sangatlah makbul, lebih-lebih lagi Nabi Muhammad s.a.w. yang mendapat gelaran kekasih Allah. Ini yang dikatakan "recommendation" tadi.

Selain selawat ini penting untuk menyampaikan doa kita kepada Allah s.w.t, ia juga penting untuk pelbagai hal yang lain.


Kelebihan berselawat


1. Mendapat syafaat Nabi Muhammad s.a.w.
Rujukan :

* Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :

"Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, dia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. "

Nasib kita di akhirat memang tidak pasti. Kalau dilihat pada diri kita umat akhir zaman yang banyak cacat cela dan kekurangan ini, rasa-rasanya kita adalah lebih layak untuk masuk neraka daripada masuk ke syurga. Oleh itu kita sangat memerlukan syafaat Nabi Muhammad untuk menolong kita di akhirat nanti.
[sunting] Syafaat Nabi di akhirat nanti ada 5 jenis

i) Syafaat Nabi untuk membebaskan ummat manusia daripada kedahsyatan Padang Mahsyar.

ii) Syafaat Nabi untuk memasukkan suatu kaum ke dalam syurga tanpa hisab dan perhitungan apa pun.

iii) Syafaat kepada kaum setelah dihisab dan diputuskan untuk menerima hukumnya yang setimpal, agar dicabut hukuman itu.

iv) Syafaat mengeluarkan mereka yang berdosa, dari azab neraka.

v) Syafaat untuk menaikkan ke tingkat yang lebih tinggi di syurga.

2. Mendapat perlindungan dan pembelaan dari Nabi s.a.w. (dengan izin Allah jua)
Rujukan :

* Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :

"Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh, maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya. "

3. Mendapat keampunan dosa dari Allah.
Rujukan :

* Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :

"Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh selawat dan Allah menghapus sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya. " Rujukan :

* Riwayat Ad-Dailami: Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :

"Barangsiapa berselawat kepadaku pada hari Jumaat dua ratus selawat, maka diampuni baginya dosa dua ratus tahun. "

4. Diberi pahala dari Allah s.w.t.
Rujukan :

* Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :

"Telah datang kepadaku utusan dari Tuhanku 'Azzawajalla maka dia (Jibril) berkata: Barangsiapa yang mengucapkan selawat kepadaku dari ummatmu, Allah s. w. t. mencatat baginya sepuluh kebaikan dan menghapuskan darinya sepuluh dosa dan mengangkat Allah baginya sepuluh darjat dan menolak Allah atasnya (membalas) yang seumpamanya."

5. Mendapat ketenangan jiwa
Rujukan :

* Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :

"Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat (penghening jiwa dan penghapus dosa) bagimu."

6. Mendapat rahmat dari Allah
Rujukan :

* Riwayat Muslim; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :

"Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah menurunkan rahmat kepadanya sepuluh kali. "

7. Mendapat hajat dunia dan akhirat.
Rujukan :

* Riwayat Ibnu Majar dari Jarir r.a. ; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :

"Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali, maka Allah mendatangkan baginya seratus hajat, tujuh puluh untuk akhirat dan tiga puluh untuk dunia. "

8. Digembirakan dengan syurga.
Rujukan :

* Riwayat Abus Syaikh dari Anas r.a: Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :

"Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seribu kali, maka dia tidak akan matt sehingga dia digembirakan dengan syurga. "

9. Menjadi orang yang terdekat kepada Nabi s.a.w. di akhirat nanti.
Rujukan :

* Riwayat An-Nasai dan Ibnu Hibban; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :

"Sesungguhnya seutama-utama manusia (orang terdekat) dengan akupada hari kiamat adalah merekayang lebih banyak berselawat kepadaku"

Kelebihan selawat mengikut para ulama

1) Memperolehi limpah rahmat dari Allah.

2) Ditulis sepuluh kebajikan.

3) Dihapuskan sepuluh kesalahan.

4) Diangkat sepuluh darjat.

5) Memperolehi kesempurnaan iman.

6) Menjauhi dari kerugian dan penyesalan.

7) Tergolong sebagai orang-orang yang soleh.

8) Mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

9) Memperoleh syafaat Nabi s.a.w.

10) Memperolehi hubungan yang rapat dengan Nabi s.a.w.

11) Menghilangkan kesusahan dan melapangkan rezeki.

12) Melapangkan dada dan mententeramkan jiwa.

13) Menghapuskan dosa dan menutupkan aib.

14) Terselamat dari kebingungan di hari kiamat.

15) Menjadi sedekah bagi yang tidak mampu (orang miskin pun boleh dapat pahala sedekah)

16) Terhindar dari kefakiran.

17) Dipandang sebagai orang yang mencintai Nabi Muhammad s.a.w.

18) Memperolehi keberkatan dalam hidup.

19) Terhindar dari orang-orang bakhil.

20) Menjadikan sebab doa diterima oleh Allah s.w.t.

21) Memudahkan jalan bagi memasuki syurga.

22) Menjadi zakat dan pembersih diri.

23) Memperolehi selawat dari Allah dan para malaikat.

24) Memperolehi pujian seluruh makhluk di bumi dan langit.

25) Memenuhi hak Nabi sebagai suatu tugas ibadah.

26) Memperolehi petunjuk dan menghidupkan hati.

27) Tergolong dalam orang-orang yang tidak melupai Nabi Muhammad s.a.w.

28) Menghilangkan rasa dahaga dan panas matahari di Padang Mahsyar.

29) Dapat meneguhkan telapak kaki ketika meniti Titian Siratul Mustaqim di akhirat.

30) Terkabul segala hajat dan cita-cita.



Sunday, March 7, 2010

.:pantai bukit kluang:.

Jom Kongsi




ini semua gambar time ak pergi memancing kat bukit kluang.. hehehe.. memang cantik ah tempat ni. saja mengisi masa lapang. drpada duduk terperap kat rumah jer. baik kluar memancing.. jalan2 tepi pantai. best oooo.. sesiapa yang nak tgk pantai cantik, bersih dan macam2 agi. mai ah bukit kluang, besut, terengganu darul iman...

Thursday, February 18, 2010

.:kem anak soleh:.

Jom Kongsi


pada 12 februari hingga 14 februari 2010, biro dakwah, biro pendidikan, biro kebajikan, biro pemuda dan madrasah saadah al-watan qariyah pongsu seribu, masjid jamek pongsu seribu, kepala batas telah menganjurkan KEM ANAK SOLEH (KASEH) buat kali pertamanya. 9oarang rakan-rakan sekelasku, 4lelaki dan 5 orang ustazah, telah dijemput khas untuk menjadi fasilitator sukarelawan. pada mulanya aku agak malas adn agak keberatan kerana kem ini mengambil masa cuti aku. erm, ak fikir-fikir balik, masa inilah kita nak cari ilmu. bukan senang untuk menjadi seorang guru yang petah bercakap. dengan cara inilah aku sedikit -sedikit aku oecahkan benteng malu aku supaya petah bercakap dan sentiasa bercakap dengan modal yang banyak dan tidak sia-sia.
pada hari pertama, kami mendaftar bersama dengan peserta-peserta yang terdiri daripada tahun 3, tahun 4, tahun 5, tahun 6 dan tingkatan 1. selepas daftar, kami terus diberi taklimat tentang LDK yang akan kami uruskan. LDK pertama adalah pada waktu malam pertama iaitu "taaruf berantai". disini kami dapat mengenal peserta-peserta dengan lebih erat dan sebaliknya.
pada hari kedua pula, sebelum LDK 2 bermula dengan "penghayatan dan kewajipan solat". kami diberi masa 2jam untuk bertalaqqi bacaan dalam solat, menunjukkan cara solat yang sempurna, membezakan rukun fiqli dan qauli dan macam-macam lagi. inilah antara matlamat kem ini. tetapi, secara jujurnya, masa yang diberi 2jam memang tidak cukup untuk mengajarkan kesemua tentang solat. jadi ,kami berpakat untuk mendedahkan perkara-perkara berkaitan dengan solat. alhamdulillah, kebanyakan peserta-peserta sudah ingat bacaan dalam solat, wuduk. jadi kami lebih tumpu kepada kesempurnaan.
LDK3, tajuknya ialah 'cabaran dunia semasa'. pada ketika inilah fasilitator berbincang dengan para peserta tentang isu-isu semasa yang boleh merosakkan kanak-kanak, remaja, masyarakat dan seterusnya negara. masa ini juga, para peserta diberi kertas majung untuk membuat pembentangan waktu malam nanti berkenaan dengan tajuk yang dibincang tadi semasa LDK3.
LDK4, semua peserta menunjukkan persaingan yang sengit. semua ingin menonjolkan bakat masing-masing. begitu hebatnya kanak-kanak di kampung pongsu seribu.
pada hari ketiga, kami dikejutkan pada pukul 4.30 untuk berqiamullai. ibubapa dan orang kampung sekeliling dijemput sekali. alhamdulillah komitmen dan sokongan ibubapa amat memberangsangkan.
sebelum perasmian penutup, para peserta dan ibubapa dijemput mendengar ceramah motivasi daripada tn. hj. ahmad fathurrahman bin haji haron. ceramah ini bertajuk "cabaran remaja Islam".
tepat pukul 11.30 pagi, majlis bersurai. semua peserta gembira dan harapan fasilitator ialah carilah seberapa banyak ilmu dan amalkanlah. jadikanlah pengalaman sebagai cara untuk mematangkan diri. wassalam....

Sunday, February 14, 2010

.:Mari Sembahyang:.

Jom Kongsi

Wahai kawan-kawan
Mari sembah allah
Wahai kawan-kawan
Mari ikut perintah Allah

Wahai kawan-kawan
Marilah sembahyang
Wahai kawan-kawan
Itu pesan Rasulullah

Dengan bersembahyang
Hati jadi tenang
Jiwa jadi lapang
Dosa hilang Allah sayang

Selepas bersembahyang
Mari baca doa
Kita tadah tangan
Moga Allah ampun dosa

Marilah beramal tika usia muda
Kalau dah tua kan susah jadinya

Saturday, January 30, 2010

.:Kisah Benar Untuk Dijadikan Iktibar:.

Jom Kongsi


Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang
ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak
dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang doktor neurologi. Setelah memeluk Islam, dia
amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang
bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an". Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan
ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an.

Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black
seed) dan sebagainya. Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka
doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat
beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci
otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.

Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan
memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud
semasa mengerjakan sembahyang. Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa
sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut
mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam.

Begitulah keagungan ciptaan Allah. Jadi barang siapa yang tidak menunaikan sembahyang, akan
otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.Oleh
yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya'
kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.

Kesimpulannya:

Makhluk Allah yang bergelar manusia yang tidak bersembahyang, walau pun akal mereka berfungsi
dengan secara normal tetapi sebenarnya dalam sesuatu keadaan mereka akan kehilangan
pertimbangan dalam membuat keputusan yang normal. Justeru itu, tidak hairanlah jika manusia ini
kadang kala tidak segan silu untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan fitrah
kejadiannya, walau pun akal mereka mengetahui bahawa perkara yang akan dilakukan itu adalah
bersalahan dengan kehendak mereka. Inilah adalah kesan daripada ketidakupayaan otak mereka
untuk mempertimbangkan akan perbuatan mereka itu secara lebih normal. Maka dengan itu tidak
hairanlah timbulnya bermacam-macam gejala-gejala sosial masyarakat masakini. Dari itu, marilah
kita bersama-sama mengambil ikhtibar daripada kisah di atas. Ambillah Islam secara menyeluruh
dan bukannya secara berdikit-dikit.

Dipetik daripada Arab News, 7 Januari /Februari 1987.

Thursday, January 28, 2010

Maal Hijrah 1431 the movie

Jom Kongsi

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More